20160109

Sebuah reviu filem: 'Anita - Dunia Ajaib' sangat... meta!

Asal: Malaysia · Bahasa: Melayu
Pengarah, penerbit, penulis: Omar Haji Md. Said
Rilis: 1981
Genre: Fiksyen sains (kot?), misteri (kot?),
drama (kot?), romantik (kot?)

Pelakon: Hail Amir, Asmah Hamid,
Aznah Hamid, Dollah Dagang

Studio: Ohms Film Company

Hai, semua! Kali ni, aku cuba untuk kurang melalut dalam reviu kali ni. Kalau tak, aku akan terikut gaya filem pembukaan untuk sesi Wayang@Budiman 2016 bagi slot Fiksyen Pulpa Malaysia. Tapi... filem ni sendiri melalut jugak secara tak sengaja. Lantaklah! Jadi, untuk itu, aku akan menggunakan semangat yang dibawa oleh filem ni dekat reviu ni! Baiklah. Mari ke mukadimah yang lebih elok.

Menurut pamplet PKAF untuk slot tayangan depa sepanjang 2016, ini dah masuk tahun kedua penganjuran sesi Wayang@Budiman. Aku tak pasti kecenderungan aku ni apa (jangan risau, orientasi seksual aku masih lagi di jalan yang lurus; aku cakap pasal kecenderungan filem tau), jadi aku cuba-cubalah benda baru macam tayangan filem sebegini sejak aku jadi pelajar di sekolah filem (bolehlah semangat filem dia) pada tahun 2009 setelah aku sedar ada filem lagi menarik selain filem arus perdana.

PKAF ni pun kebetulan serupa aku jugak; sentiasa cuba macam-macam dan tengok apa jadi lepas tu (celah kecenderungan filem jelah, sebab secara zahirnya, haram jadahnya aku nak cuba sangat benda baru). Dan bagi slot Fiksyen Pulpa Malaysia sepanjang Januari 2016, depa berjaya memfizikalkan keinginan zahir aku melalui filem pertama slot ni bertajuk Anita: Dunia Ajaib, sebuah filem yang sangat ajaib dari sudut idea dalam filem ni sendiri, di sebalik tabir filem ni, dan keadaan sekeliling filem ni di dalam filem dan di dunia sebenar, dan kewujudan filem ni! Pihak penganjur pernah cakap slot Januari ni terdiri daripada filem-filem yang dianggap gila babi teruk dalam sejarah filem Malaysia pada masa dulu; tapi yang ni aku lebih faham kenapa jadi macam apa yang terjadi dalam filem ni (tapi sebaliknya untuk filem Malaysia sekarang); kira perasaannya lebih kurang macam masa aku tergerak hati nak mengeraskan telur aku untuk pergi tonton Jaka Sembung tahun lepas ehsan KSFM. Cumanya, Jaka Sembung lagi power. Filem ni pulak... HAHAHAHAHAHA! Comel! Terima kasih sebab namakan slot ni secara tak sengaja sempena antara filem Quentin Tarantino yang disukai ramai dan poster buatan sendiri yang terlalu well-made untuk filem yang... mengelirukan ni!

Macam ni filemnya; lepas montaj yang boleh dikatakan gila babi meleret dan merapu yang menerangkan macam mana Amir (Hail Amir) ni membina rumah tangga bersama isterinya Asmah (Asmah Hamid) yang dia jumpa secara rawak dan tiba-tiba di kampung ayah saudaranya sampai dapat rumah kat bandar (yang aku rasa tak penting jugak), depa rekrut seorang pembantu rumah yang bapak menyeramkan bernama Ana (nama pelakon ni missing-in-action... maaf!) yang tak taulah kenapa nak sangat tolong depa dapatkan anak lepas dapat tahu Asmah tak boleh mengandung. Lepas tu, berlakulah kejadian misteri yang jugak merapu dan tiba-tiba menimpa pasangan malang ni.

Haha. Maafkan aku, karyawan dulu kala, lebih-lebih lagi kepada pembikin filem ni yang terus hilang dari radar lepas filem ni dirilis biarpun dia dah janjikan sekuel untuk filem ni (COMEL GILA!). Aku tau hangpa serius buat filem ni, tapi TERjadi komedi untuk penonton filem moden yang dah mula savvy pasal apa itu filem bagus. Masa sesi diskusi filem ni, aku dengar ramai jugak warga penontonnya arif pasal era ni; sama ada depa yang memang hidup zaman 1980an, yang banyak baca dan kaji pasal era ni, mahupun juruapresiasi filem bergred rendah (kind of rendah...?) semacam Anita ni.

Masa tonton, sumpah aku tak tahan weh nak gelak; aku rasa akulah gelak paling tak ingat dunia sekali dalam bilik kecik tu. Ni nak balas dendam sebab susah nak gelak masa tengok Jaka Sembung kot. Aku rasalah. Di bawah ni antara apa aku fikir masa aku tengok Anita ni:
  • Dia punya teknikal sumpah ke laut; sangat ke laut, sampai jurukamera dia tak tau sebenarnya dia secara tak sengaja TERbuat sinematografi yang cun bagi aku. Editor dia pulak... adoi. Aku taktaulah filem lama macam mana depa sunting, tapi... amende kau buat doh? Konti tu weii! Lari teruk! Cutting point tu pun sama!
  • Montaj! Montaj tu apa fungsi dia? Ke dia rasa filem lain ada montaj, dia pun sibuk nak letak montaj? Takpe. Letak je! Letak! Asalkan kau bahagia. Haha!
  • Muzik dia pulak, dia tak reti nak kawal. Pakai sedap je bila nak perlahankan, bila nak buang, dan bila nak masukkan. Tapi, kena tabik jugaklah pasal muzik pembikin ni pilih sedap jugak; tapi dia tak pandai guna. Sayang!
  • Skrip dia? Mak aih. Nadanya berubah sekelip mata; suka hati dialah nak jadi dari monotonous, terus naik jadi suspens. Sumpah teringat Honest Trailer filem The Happening arahan M. Night Shyamalan bila voice-over dia sebut pasal "uneven tone shifts" yang disusuli dengan babak yang ada masalah tersebut. Yang celah depa dok ulang benda sama dua kali dan dalam satu ayat tapi ada dua benda sama berlainan bahasa tu takyah ceritalah.
Lepas dah tonton, masuk pulak sesi diskusi. Lepas tu baru aku perasan genius bawah sedar pengarah yang sebenarnya sangat jujur berkarya ni. Buktinya, dia pergi buat teknik metafiksyen bila Amir dalam filem ni nak buat sebuah badan produksi dan pengedaran filem yang namanya sama dengan produksi filem ni sendiri dan filem pertama produksi tu... tajuk filem yang penonton tengah dok tengok. Sebenarnya, dia cerita pasal diri dia sendiri. Tapi sekurang-kurangnya, dia ni agak visionary untuk pengarah pada zamannya; sebabnya menurut salah seorang lagi penonton filem ni selain aku, filem ni dirilis semasa Dr. M mula jadi PM Malaysia yang kata filem seram tahyul ni semuanya merapu. Dan dalam tahun tu jugak, banyak pembikin memilih untuk ikut trend filem melodrama yang agak meletup kat Malaysia masa tu. Kira bertelur jugak OHMS (ya, aku baru sedar Ohms ni abbreviation nama tukang pulun filem ni sebenarnya!) untuk pecahkan benteng melodrama tu biarpun elemen melodrama dan tahyulnya (yang terpaksa diletakkan) lebih panjang daripada kelainan yang dia nak kedepankan tu. Senggama minda jugak bila dapat tau kita ni sebenarnya tengah tonton fiksyen yang fiksyenal tapi... argh! Macam mana nak taip ni? Kalah Nolan dan Tarantino struktur naratifnya bagi aku... untuk ketidak-tentuan-arahnya! Tapi itulah... ilusi menggugat yang dia cuba nak sampaikan tu ditenggelami oleh benda-benda remeh yang aku cakap di atas.

Tuntasnya, aku keliru. Aku terhibur sebab cool untuk membenci keburukannya atau aku terhibur sebab kegeniusan bawah sedar pembikin filem ni serta krewnya? Yang penting, PKAF dah meyakinkan aku bahawa marketing itu sangat perlu, dan poster sendiri-bikin untuk Anita beserta nama slot ni sendiri berjaya tarik aku untuk tonton filem... yang buat aku gembira... for reasons! Ah sudah, ni macam mana filem Z. Lokman lepas ni yang aku dengar pengarah ni mendapat sambutan yang jugak mengelirukan di group Movie Addict? Risau dah aku. Haha!

P/S: 
  1. Filem ni terlalu 'pulpa' sampai poster asal aku tak jumpa langsung kat Google! Poster buatan tangan Dr. Norman Yusoff ni pun jadilah. Kepala dialah lawa poster ni! Geram!
  2. Filem ni sangat memuaskan hati aku penamatnya! Kalau korang sabar menanti penamat tu masa korang berpeluang dan sanggup harung filem ni sampai habis, korang memang osem!

1 comment:

Anonymous said...

Masa filem ni tayang kt tv rtm aku sekolah rendah.... Bg aku time budak2 ni la filem sains fiksyen Malaysia yg paling aku suka n respect.... Ternanti2 sambungan cerita ni sbb akhiran nya agak tergantung.